Fadhilah bulan Muhharam

February 1, 2006

Muharram 1424 hijrah kini datang menemui kita samada kita sudah bersedia untuk menyambut kedatangannya atau pun kita masih hanyut dibuai mimpi indah tanpa menghiraukan tentang perjalanan waktu yang begitu cepat berlalu. Rasanya baru saja kita bersama tahun 1423 hijrah dan kini ia sudah pergi meninggalkan kita bersama kenangan dan nostalgia indah dan duka yang tercatat dalam diari perjalanan hidup kita.Muharram mengingatkan kita kepada hijrah Rasullullah S.A.W dari kota Mekah ke kota Madinah dalam mencari kuasa ke arah merubah tamadun dan peradaban dunia yang dinodai oleh kesyirikan dan najis kesesatan kerana kuasa pemerintahan pada masa itu berada dalam genggaman tangan mereka yang tidak layak untuk menjalankan amanah Allah. Kini hijrah sebagaimana Rasulullah S.A.W itu tidak akan berlaku lagi tetapi penghijrahan dari alam kesesatan sekular atau najis perundangan ciptaan manusia akan terus berlaku sehingga tertegaknya kembali khilafah Islam yang telah lama diruntuhkan. Dunia akan kembali ceria dan aman apabila Islam berjaya kembali bertakhta di atas singgahsananya yang sebenar nanti. (more…)